Isnin, 11 Februari 2013

APAM POLKA DOT

Tempahan Apam Polkadot



Assalamualaikum teman-teman,

Berjumpa lagi kite yek pada pagi yang penuh keberkatan ini. Hari ni Kak Ros post gambar Apam Polkadot. Sori byk2 deq, gambo tak berapa jelas. Dah lewat masa akak ambik gambo ning. Anak-anak semua dah tido, opsss sori ada sorang belum tido si kakak. Nurin ni kalau ari tak sekolah memang susah nak tido awal. Kalau hari sekoalh pandai la pulak dia tido awal. Pandai jugak anak umi ni budget masa. Kalau tak kena marah dek umi ngan abah tak gitu.

Ok lah dah melalut kemana-mana la kak ros ni kannnn, nak citer pasal Apam 
Polka Dot ni sbenonyer. Apam ni ditempah oleh seorang kakak yang bekerja kat Menara Yayasan Trg. anaknyer Shaheera yang belajar kat UIA yang suruh tempah kata ibunya. Shaheera nak balik UIA malam ni. Dapat gak Shaheera merasa Apam Mak Cik Ros buat yek. Belajar rajin-rajin yer Shaheera. Nanti boleh jadi orang berguna pada keluarga , masyarakat,agama dan negara. Ewah-ewah kak ros ni kalau celoteh tak hingat dunia. 
Shaheera menempah 100 biji Apam Polka Dot berperisa strawbwrry, blueberry dan peanut butter.Tima kasih akak dan shaheera kerana sudi menempah dengan Roseschochomemade. Lain kali boleh lah tempah lagi yek.

Kemaring gak, Adilah dari Padang Midin menempah 150 biji apam polka dot untuk makan-makan ngan family. Kakaknya ada balik kampung kata Adilah. Sori banyak2 Adilah yek, sebab dah lewat baru siap Apam ni. Nasib baik pandai Adilah cari umah Kak Ros. Adilah datang ambik sendiri kat umah akak. Baik budak Adilah ni. Pertama kali jumpa akan dah tau Adilah ni peramah dan boleh dibuat kawan. Komen dari Adilah :"Best lah akak Apam yang akak buat." Tima kasih Adilah atas pujian tu. Lain kali boleh tempah lagi yek.

Tima kasih sangat2 kepada Encik Huby yang sudi menolong anto tempahan-tempahan Umi yekkkk. Ummmmh tengkiu. hihihhihihi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan